Monday, 5 March 2018

Sejarah Tabika Kemas Kg Salimpodon Darat

Kemas Salimpodon Darat

Tabika Kemas Kg Salimpodon Darat, Pitas ini telah ditubuhkan sejak 1998. Ini atas inisiatif kerajaan membantu penduduk kampung untuk menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan asas. Penubuhan tabika ini juga memudahkan ibubapa menghantar anak-anak mereka untuk belajar memandangkan sekolah tadika pada masa itu belum ada yang berhampiran dengan tempat mereka tinggal.

Memandang kepada keperluan itu, pihak Jabatan KEMAS telah menubuhkan Tabika Kemas Kg Salimpodon Darat dan telah menggunakan bangunan balai raya Kg Salimpodon Darat, Pitas sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Sepanjang penubuhannya, Tabika Kemas Salimpodon Darat sudah melahirkan anak didik yang cemerlang di sekitar 7 buah kampung ynag bernaung di Kg Salimpodon Darat. Sehingga kini, Tabika Kemas Kg Salimpodon Darat, Pitas sudah melahirkan ramai graduan universiti yang sedang melanjutkan pendidikan mahupun yang sudah menamatkan pendidikan.

Komitmen dan usaha kerajaan untuk membantu rakyat adalah sangat penting bagi membentuk anak-anak riang dan berjaya. Ini dapat dilihat tentang pentingnya pendidikan asas sebelum melangkah masuk ke tahun satu yang mana sudah pandai membaca, menulis dan mengira. Keperluan ini harus diteruskan dan ditamahbaik untuk memenuhi keperluan ibubapa yang mahukan pendidikan yang relevan mengikut peredaran masa yang semakin maju.

Semoga dengan penubuhan tabika ini membuka minda dan fikiran ibu bapa tentang pentingnya pendidikan asas dan menggunakan kemudahan dan peluang ini sebaik mungkin demi masa depan anak-anak yang cerah.


SELAMAT MAJU JAYA!






Read more